13 Februari 2014::  Program Kunjung Kerja Dewan Pendidikan Kota Magelang, Indonesia telah mengadakan lawatan kerja ke SMK Serendah bagi melihat dengan lebih dekat perkembangan terkini pembangunan pendidikan di Malaysia. Delegasi lawatan ini telah dibawa melawat ke sekitar bangunan SMK Serendah. Semasa sesi lawatan penerangan telah diberikan kepada delegasi tentang situasi semasa pembelajaran di sini di samping cabaran dan kekangan yang dihadapi berikutan daripada kemajuan dan kepesatan pendidikan di Malaysia terutamanya pembelajaran menggunakan peta I-Think.