Pada 11 April yang lepas, suatu program Kunjung 10 telah dijalankan oleh pihak SMK Serendah dengan disertai oleh guru-guru serta pihak AJK tertinggi PIBG. Program ini telah dijalankan untuk tahun kedua, mendapat reaksi yang amat positif daripada pihak ibu bapa murid yang terlibat. Antara pengisian program yang dapat diwartakan disini ialah kunjungan dijalankan oleh guru-guru serta AJK PIBG ke rumah murid SMK Serendah dengan tujuan untuk merapatkan hubungan silatur rahim antara keduanya disamping untuk menjelaskan potensi serta kemampuan murid kepada ibu bapa terbabit.