Pelancaran Hub VLE FrogAsia telah diadakan di SK Bukit Sentosa pada 10 Ogos 2016. Sebanyak 5 buah sekolah daerah Hulu Selangor telah dipilih sebagai projek rintis. Sekolah tersebut adalah SMK Ampang Pecah, SMK Serendah, SAM Sg. Selisik, SK Bkt.Sentosa dan SK Tmn Bunga Raya 2. Tahniah diucapkan kepada guru yang terlibat dan semoga VLE Frog di SMK Serendah dapat dilaksanakan dengan jaya dan berkesan.

 

Apa yang berlaku di Hub?

Hub adalah lokasi berpusat dimana pelbagai aktiviti dijalankan. Apa yang anda temui di Hub adalah:

Dikendalikan oleh guru yang mahir dengan penggunaan Frog VLE, sesi latihan diadakan secara berpusat dan memberi tunjuk ajar lebih dekat bagaimana penggunaan VLE dapat membantu Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas.

Berbincang, berbual dan dapatkan bantuan secara terus dari rakan-rakan guru dan Perunding Implementasi Frog hanya di Frog Hub. Anda boleh mendapatkan bimbingan hands-on, sesi perbincangan dan mempelajari tip-tip dari mereka yang pakar dalam VLE!

Frog Hub adalah tempat yang sangat sesuai untuk guru-guru berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat, berkongsi tip mengajar di dalam kelas dan mengeratkan tali silaturahim!

 

f3 f2 f1