Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SMK Serendah. Kejohanan tahun ini mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan seluruh warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMKS dengan kerjasama warga sekolah dan komuniti setempat. Pungutan mata dalam acara ini merupakan penyumbang besar kepada mata semua rumah sukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Tahunan setiap tahun. Pada tahun ini, acara merentas desa
melibatkan murid-murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Seramai 1600 orang murid yang mewakili 5 buah rumah sukan iaitu Tuah, Jebat, Lekir, Kasturi dan Lekiu telah mengambil bahagian. Aktiviti bermula jam 9.00 pagi dengan bermulanya aktiviti pemanasan badan. Guru-guru rumah sukan saling membantu menyusun murid-murid mengikut rumah sukan masing-masing. Pada jam 7.20
pagi, para guru mengambil kehadiran murid-murid.  Murid-murid perlu menghabiskan larian jarak jauh sejauh 8 km untuk Lelaki 1,  6 km untuk lelaki 2, lelaki 3 dan perempuan.