Semoga tuan/puan berada di dalam kerahmatan Allah hendaknya.

2. Berhubung perkara di atas, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah akan mengadakan Karnival /Hari Kantin 2015. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh:
6 September 2015 (Selasa) => Hari Kantin 

Masa: 
8:00 pagi – 4:00 petang

Tempat: 
Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah

3. Sempena program Hari kantin ini, pihak sekolah akan membuat jualan kupon. Kupon akan dijual kepada semua murid minima RM 10. Bayaran boleh dibuat selewat-lewatnya pada hari Jumaat (4 September 2015) kepada guru kelas masing-masing. 

4. Pada hari tersebut, pihak sekolah akan membuka gerai-gerai jualan makanan dan minuman, kraftangan dan pakaian. Selain itu juga diadakan pelbagai jenis permainan. Semua urusniaga termasuk permainan adalah menggunakan kupon sahaja. Manakala pada hari Rabu akan diadakan persembahan unit beruniform sekolah. Murid-murid juga tidak perlu membawa buku pelajaran pada dua hari tersebut.

 
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI….Jom…Jomm