SMK SERENDAH

BERUSAHA BERILMU BERINOVASI

Berita Kami

BOLA SEPAK MSSD HULU SELANGOR

pertandingan bola sepak MSSD Hulu Selangor telah diadakan pada 15 Februari 2019. Pelajar SMK Serendah bawah 15 telah memperolehi tempat ke 3. tahniah diucapkan kepada pelajar dan guru yang...

PERTANDINGAN PING PONG MSSD HULU SELANGOR 2019

pertandingan ping pong MSSD Hulu Selangor telah diadakan pada 14 Februari 2019. Seorang daripada pelajar SMK Serendah telah meraih naib johan. Tahniah diucapkan kepada Muhamad irfan bin Mohd Saroni yang telah memperolehi Tempat ketiga ping pong (kategori bukan...

PETRTANDINGAN BADMINTON MSSD HULU SELANGOR

pertandingan badminton MSSD Hulu Selangor telah diadakan pada 13 Februari 2019. Pencapaian Pasukan Badminton MSSD bawah 15: SUKU AKHIR Bergu (L) 1.Mohd Naim b Abd Hafiz - 3KM 2.Muhd Syahmin b Mohd Rozeni - 3WJ SUKU AKHIR Bergu (P) 1.Umi Nurfazlin bt Zommokhlis - 2 WR...

AKTIVITI “SPEAKING CORNER”

aktiviti " speaking corner" dijalankan di kantin sekolah setiap kali pelajar rehat. Aktiviti ini diadakan bagi membina keyakinan diri pelajar. Selain dari itu ia bagi memenuhi masa rehat dengan perkara yang berfaedah. Semoga kativiti ini dapat memberikan manfaat...

KEJOHANAN TAKRAW MSSD HULU SELANGOR

kejohanan takraw MSSD Hulu Selangor telah diadakan pada 31 Januari 2019 di Gesir Tengah. SMK Serendah telah menghantar wakil takraw bagi bawah 15 dan bawah 18. Alhamdulillah regu takraw bawah 18 telah mendapat naib johan. Semoga kejayaan yang dicapai dikekalkan dimasa...

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD HULU SELANGOR

kejohanan merentas desa MSSD Hulu Selangor telah diadakan pada 29 Januari 2019. SMK Serendah telah meraih beberapa kejayaan antaranya: i.Johan keseluruhan merentas desa kategori P2 ii. Johan keseluruhan merentas desa kategori L2 iii. Naib johan kategori L2 iv. Naib...

PT3

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

SPM

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Takwim Sekolah
Muat Turun Takwim Sekolah
Kami menyediakan takwim sekolah 2017 untuk kemudahan anda merancang program sepanjang tahun dengan mudah. Klik butang dibawah untuk muat-turun
Keterangan Lencana Sekolah

MERAH

Berani dan tidak mudah berputus asa dalam menuntut ilmu bermanfaat

PUTIH

Penuh keikhlasan dan kesucian

MOTO SEKOLAH

Berusaha Berilmu Berinovasi

KUNING

Ketaatan kepada raja dan negara serta kedaulatan kepada undang-undang

TIGA SEGI MENIRUS KE ATAS

Ilmu yang perlu diteroka untuk setiap individu untuk cemerlang

Lagu Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah
Berusaha, berilmu dan berinovasi
Cogan perjuangan hidup kami
Mengamalkan Rukun Negara
Untuk nusa dan bangsa

Berusaha untuk berilmu dan berjaya
Demi masa depan kita semua
Jadilah insan
Insan yang mulia
Berjasa kepada ibu bapa dan Negara

CHORUS
Dengan cogan kata
Berusaha, berilmu dan berinovasi
Suruhan agama semat di sanubari
Hormatilah guru, ibu bapa, rakan
seperjuangan kita
Perpaduan untuk berjaya
Semoga di berkati
Ilmu yang dituntuti
Warga SMK Serendah Berjaya

PENCIPTA LAGU : ENCIK NORIZAM BIN KAMAL
PENULIS LIRIK : PN HJH MAZLAH BINTI HUSSEIN
TARIKH DILANCARKAN: 19 JANUARI 2007

Objektif dan Misi Kami

Kami di Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah sentiasa komited dalam mencapai dasar Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut

MISI KPM
Membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia
VISI KAMI

SMK Serendah Sekolah Harian Unggul

OBJEKTIF KPM

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu ;

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera;

Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan Negara;

Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warnegara Malaysia.

MISI KAMI

Membangun Modal Insan Yang Unggul Melalui Budaya Kerja Berkualiti Berlandaskan Aspirasi Negara

Kemudahan Sekolah

SMK Serendah lengkap dengan kemudahan terkini untuk pembelajaran para pelajar lebih kondusif

Matlamat Kami

BUDAYA

Mewujudkan budaya mencintai ilmu dalam kalangan warga sekolah

KEMAHIRAN

Membentuk pelajar yang mempunyai kepelbagaian literasi dan kemahiran berfokus kepada sains dan teknologi

PERSEKITARAN

Menyediakan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif

KOKURIKULUM

Menggalakan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum

AKHLAK

Membentuk pelajar yang bersopan-santun, berakhlak mulia dan penyayang terhadap diri, keluarga, sekolah dan alam sekitar

KOMUNITI

Menjalin hubungan erat dengan ibu bapa dan masyarakat

Hubungi Kami
Jika ada sebarang masalah sila hubungi kami seperti maklumat di bawah. Kami akan cuba membantu anda

SMK Serendah

SMK Serendah

03-60815854

bea5072@btpnsel.edu.my

SMK Serendah, Jalan Cempaka, 48200, Serendah, Selangor